Faedah Takaful Ikhlas P.A

|
Faedah Takaful Ikhlas P.A.
|
JENIS PERLINDUNGAN:
IKHLAS Kemalangan Diri Berkelompok adalah untuk melindungi sekumpulan orang ke atas kecederaan badan atau kematian disebabkan oleh kemalangan. Perlindungan adalah 24 jam dan di seluruh dunia. Takaful melindungi pencadang dari kecederaan pada tubuh badan yang mengakibatkan Kematian atau Keilatan Kekal kepada pencadang disebabkan oleh hanya dan secara terus oleh kemalangan kecuali Pengecualian yang dinyatakan secara khusus. (Tertakluk kepada Skala Faedah)
TEMPOH TAKAFUL:
Setahun dari tarikh yang akan diberitahu kelak
PENCADANG YANG DILINDUNGI:
Ke atas ahli BDM Mobile Money seperti di senarai yang akan dikemukakan kepada IKHLAS.
FAEDAH-FAEDAH PERLIDUNGAN:
-
Kematian RM50,000.00
-
Keilatan Kekal RM50,000.00
-
Perbelanjaan Perubatan RM500.00
-
Manfaat rawatan hospital RM25 sehari untuk 30 hari*tertakluk kepada kemasukkan hospital melebihi 48 jam.
-
Perbelanjaan Pengebumian RM1,000.00
KLAUSA-KLAUSA DAN WARANTI
-
Tambahan/Pengurangan Secara Automatik dan Klausa Pengisytiharan
-
Klausa Kehilangan dan Pendedahan
-
Lapuran Kemalangan
-
Mogok, rusushan dan kegempaan awam
-
Pembunuhan dan serangan yang tidak di dorong
-
Gigitan Seranggan, ular dan binatang berbisa (kecuali Denggi/ Malaria)
-
Bermotosikal
-
Rampasan
-
Waranti Sumbangan (30 days)
PENGECUALIAN-PENGECUALIAN AM
-
Peperangan dan risiko yang seumpamanya
-
Aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang Negara
-
Risiko nuclear dan yang seumpamanya
-
Bunuh diri atau cubaan bunuh diri dan kecederaan yang disengajakan.
-
AIDS
-
Perlumbaan, ujian kelajuan atau ujian am kenderaan bermotor.
-
Sukan merbahaya seperti luncur (ski) air, polo, memburu, paying terjun, perlumbaan bermotor, tinju, gusti dan sebagainya
-
Pengaruh alcohol atau dadah
-
Risiko yang dikecualikan (seperti di Sijil Kemalangan Diri Berkumpulan Ikhlas)
Nota:
-
Umur pencadang hendaklah dalam lingkungan tidak melebihi 65 tahun. Jika ada pencadang yang melebihi 65 tahun, “ Pengesahan Kesihatan Peribadi” adalah diperlukan bagi maklumat pengunderaitan.
-
Pencadang mestilah terkecuali dari penyakit dan tidak menjalani sebarang rawatan perubatan.
-
Penyediaan sebutharga ini adalah berdasarkan kepada maklumat yang diberikan kepada Takaful Ikhlas. Kadar harga akan disemak semula mengikut maklumat terkini yang terkandung di dalam borang cadangan.
|
CONTOH SIJIL
|

- Posted by admin at 10:29 pm
- Permalink for this entry
- Filed under: MM Special Services
- RSS comments feed of this entry
- TrackBack URI
No comments